Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat?

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam diminta membuat penjelasan tentang kenyataan Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) yang menafikan badan tersebut mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju.

ali rustam and melakaSebelum ini, kerajaan negeri Melaka mendakwa OECD sebagai badan bebas telah memberikan pengiktirafan bahawa Melaka telah mencapai status negeri maju pada 20 Oktober lalu.

Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.

"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.

Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.

“Malah pengisytiharannya pula dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, apakah kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri," kata Yusof semasa ditemui di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru, di Melaka pagi ini.

Yusof juga mencadangkan isu ini dibawa di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.

"Saya cadangkan satu usul tergempar di bawa ke sidang DUN untuk dibincangkan di kalangan ahli dewan dan satu ketetapan mesti diambil oleh DUN untuk mengembalikan maruah dan integriti kerajaan negeri serta rakyat negeri ini.

"Ini bukan isu kecil dan main-main, ia melibatkan maruah dan imej kerajaan serta rakyat," katanya.

OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju kerana ia tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan seumpama itu.

Read more


Najib diserang simptom awal demam campak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipercayai mempunyai penyakit cacar dan telah dinasihatkan oleh doktor peribadinya supaya berehat di rumah. Menurut penasihat medianya, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, Najid juga diingatkan supaya mengelakkan dirinya daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar. Katanya, presiden Umno itu mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari. "Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi. "Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.

Read more


Perhimpunan bantah lesen judi, konsert kecoh

Kekecohan berlaku apabila pihak polis cuba menghentikan ucapan pemimpin Pemuda Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi pertaruhan bolasepak Piala dunia dan penganjuran konsert 12 jam yang membabitkan artis luar negara, Pitbull.

Mereka mengadakan bantahan tersebut sejurus selepas selesai solat Jumaat Masjid Jamek Kampung Baru pada kira-kira jam 2.10 petang.

Ia berlangsung di atas sebuah pentas dalam kawasan masjid tersebut.

Kejadian itu disaksikan oleh kira-kira 500 orang yang berada di situ, termasuk mereka yang sedang beredar selepas selesai solat Jumaat.

Mereka yang hadir di pentas tersebut ialah pemangku ketua PAS Wilayah Persekutuan (WP) Herman Shamsudeen dan setiausaha Pemuda PAS pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Yang lainnya ialah ketua Angkatan Muda (AMK) Selangor Khairul Annuar Ahmad Zainuddin, wakil Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Kelab Penyokong PAS dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Majlis itu bermula dengan ucapan Kamaruzzaman selama lima minit, membantah pengeluaran lesen judi pertaruhan tersebut serta penganjuran konsert berkenaan.

Selepas itu, tiba giliran Khairul Annuar pula berucap. Ketika beliau sedang berucap, anggota polis naik ke pentas untuk merampas pembesar suara.

Khairul Annuar bagaimanapun meneruskan ucapannya tanpa pembesar suara.

Pada masa yang sama, kelihatan Kamaruzzaman berunding dengan pegawai polis di belakang pentas.

Kamaruzzaman berkata, beliau meminta kepada polis supaya membenarkan mereka meneruskan majlis itu selama 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis hanya membenarkan mereka meneruskannya selama lima minit sahaja.

Pihak polis juga kemudiannya memulangkan pembesar suara yang dirampas sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak sampai dua minit penceramah berikutnya berucap, anggota polis naik semula ke pentas untuk merampas pembesar suara tersebut.

Ketika itu berlaku insiden tolak menolak dan tarik menarik sehingga ada yang terjatuh dari pentas.

Ekoran itu, kata Kamaruzzaman, beliau terpaksa berunding lagi sekali dengan polis supaya membenarkan mereka meneruskan bantahan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis mengarahkan beliau supaya meminta orang ramai beredar dari situ.

Ekoran itu, katanya, beliau terus meminta orang ramai beredar.

Katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat oleh polis dalam insiden tersebut.

Read more


Jenazah Ashaari selamat dikembumi

Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat Rembau pada kira-kira pukul 10 malam semalam.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin pada kira-kira jam 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.
Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang semalam, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.


Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

- Bernama

Read more


Senarai Asia: UM, UKM terus jatuh

Universiti-universiti utama di Malaysia terus jatuh beberapa takuk dalam senarai Kedudukan 200 Universiti Asia yang dijalankan oleh Times Higher Education-QS World University Rankings.

Antaranya adalah Universiti Malaya (UM) yang jatuh ke kedudukan 42 berbanding 39 yang didudukinya pada 2009.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), juga jatuh daripada kedudukan 51 kepada 58 untuk berada di tangga yang sama dengan National Central University, Taiwan dan Universiti Ateneo de Manila dari Filipina.

UM yang satu ketika dianggap universiti terunggul negara adalah antara 100 universiti terbaik di dunia pada senarai 2004 tetapi terkeluar daripada senarai itu pada 2006.

Bagaimanapun Universiti Putera Malaysia, berjaya memperbaiki kedudukannya daripada 90 kepada 77, manakala Universiti Islam Antarabangsa (UIA) merosot daripada 156 kepada 201.

Universiti Sains Malaysia (USM), yang diberi taraf Universiti Apex pada 2009, kekal pada kedudukan 69 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) juga kekal pada tangga 82.

Kajian yang berpangkalan di UK itu meletakkan University of Hong Kong ditangga teratas dan diikuti oleh Hong Kong University of Science and Technology.

National University of Singapore pula berjaya menduduki tempat ketiga.

Read more


Penjawat Awam Naik Gaji Antara Elemen MEB

Menaikkan gaji sejuta kakitangan awam di negara ini menjadi antaraelemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata TimbalanMenteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikanrakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepadarakyat berpendapatan tinggi.

"Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahuluyang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekaligusmenjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang.

"Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi danselesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melaluipeningkatan motivasi pekerja.

"Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan," katanya ketikaberucap merasmikan majlis penutupan mesyuarat agung tiga tahunanKesatuan Perkhidmatan Teknik Semenanjung Malaysia cawangan Kelantan disini hari ini.

Awang Adek berkata kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagimemastikan gaji para pekerja dinaikkan selaras dengan matlamat ModelEkonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yangberpendapatan tinggi.

Beliau berkata, secara purata kini 80 peratus rakyat di negara inimemperoleh pendapatan RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu,kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya kepadaRM45,000 setahun.

- Bernama

Read more


Jepun kejutkan Malaysia

REXY (kanan) dan pakar psikologi, Frederick Tan cuba menenangkan Fairuzizuan yang berang dengan gelagat penonton, malam tadi.


REXY (kanan) dan pakar psikologi, Frederick Tan cuba menenangkan Fairuzizuan yang berang dengan gelagat penonton, malam tadi.
Chong Wei buka langkah, Hafiz akhiri penuh kecewa

MALAYSIA tersentak daripada impian merangkul kejuaraan Piala Thomas apabila Jepun mendedahkan segala kepincangan dan kelemahan skuad negara untuk mencatat kemenangan mengejut dan bersejarah 3-2 bagi skuad negara Matahari Terbit itu menjuarai Kumpulan B, malam tadi. Walaupun kekalahan itu tidak menghalang skuad negara daripada kemaraan ke suku akhir tetapi ia menyulitkan laluan mereka apabila kini kehilangan status pasukan pilihan dan bakal berdepan Denmark dalam saingan untuk layak ke separuh akhir. Sekalipun diberi sokongan padu peminat tempatan yang membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil, tetapi anak buah Rashid Sidek menyajikan persembahan kurang bertenaga, terutama daripada Wong Choong Hann, Mohd Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Abdul Latif dan Mohd Hafiz Hashim.

“Kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tetapi malam ini tidak menjadi buat pasukan kita,” kata kapten pasukan dan perseorangan pertama, Lee Chong Wei yang menyumbangkan mata pertama negara dengan mengalahkan Kenichi Togo 21-12, 21-13.

“Saya berharap peminat tidak akan hilang kepercayaan kepada pasukan ini kerana kita memang mahukan kemenangan dan tidak siapa yang mahu melihat kita kalah.”

Selepas Chong Wei memberi mata pertama, giliran beregu pertama Koo Kien Keat-Tan Boon Heong memberikan mata kedua dengan menewaskan Niroyasu Hirata-Hirokatsu Hashimoto 21-13, 21-13.
Tetapi mata kemenangan dicari tidak menjadi apabila perseorangan veteran, Choong Hann tunduk kepada Sho Sasaki 17-21, 18-21 bagi Jepun merapatkan jurang.

“Saya tidak dapat mengeluarkan permainan saya,” kata Choong Hann. “Saya banyak melakukan kesilapan dan Sasaki mengawal gelanggang dengan baik. Saya harap dapat bangkit daripada kekalahan ini.”

Harapan kepada Fairuzizuan-Zakry untuk memberi mata kemenangan juga tidak kesampaian apabila pasangan itu menyajikan persembahan buruk yang menimbulkan keraguan mengenai kenapa mereka terpilih menganggotai skuad Piala Thomas.
Mereka tewas 15-21, 12-21 dalam 27 minit kepada Kenichi Hayakawa-Kenta Kazuno untuk kedudukan terikat 2-2.

Dengan keadaan semakin tegang, Hafiz jelas gagal menjelmakan watak penyelamat pasukan apabila kecundang kepada Shoji Sato 10-21, 21-14, 18-21.

Read more

Nuffnang

Central Blog Fans

Central Blog on Facebook

Tweet Us!

Followers

Tracker


View My Stats

Wibiya

Web hosting for webmasters